Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

PERUTUSAN AIDILFITRI PENGARAH JAIP

Assalamualaikum WBT.

Terbang kenari di langit cerah,
Hinggap di dahan dibaham Sawa,
Selamat Kembali kepada fitrah,
Moga amal membuahkan takwa.

Syahdu takbir subuh nan sunyi,
Tanda Syawal sudah menjelma,
Ramadhan kini telah pun pergi,
Moga segala amalan diterima.

Penat memandu di jalan raya,
Seronok sungguh bermain mercun,
Kalau tidak waspada sentiasa,
Hilang rahmat bala yang turun.


   Dikesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga...

Tag: PERUTUSAN AIDILFITRI PENGARAH JAIP

Papar Artikel

PERUTUSAN AIDILFITRI KPP PENDIDIKAN

Assalamualaikum WBT

“Yang jauh itu WAKTU, Yang dekat itu MATI, Yang Besar itu NAFSU, Yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, Yang Panjang itu AMAL SOLEH, Yang indah itu SALING MEMAAFKAN”-Imam Al-Ghazali.

   Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga pendidik SMAN, Muslimin dan Muslimat seluruh pengunjung laman ini.

   Ramadhan hampir saja berlalu, hakikatnya adalah satu perjuangan...

Tag: PERUTUSAN AIDILFITRI KPP PENDIDIKAN

Papar Artikel

BENGKEL KECEMERLANGAN STAM JAIP/GPMS

   BANDAR TUN RAZAK JENGKA, Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan satu Bengkel Kecemerlangan STAM bagi pelajar-pelajar SMA Pahang bertempat di Dewan Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Jengka pada 19 Jun 2017. Bengkel selama satu hari bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.30 petang ini telah disertai seramai 281 orang calon STAM dari SMA Al-Khairiah, Temerloh, SMA Al-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku, Kuala Lipis dan Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Jengka.
...

Tag: Bengkel STAM JAIP / GPMS

Papar Artikel

NUZUL AL-QURAN

   Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada...

Tag: Nuzul Al-Quran