Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

     Alhamdulillah... pada hari Jumaat 21 Julai 2017, telah berlangsung majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Pelbagai hidangan di hidangkan mengikut menu kelas-kelas yang berbeza. Pihak kantin dan dewan makan juga turut sama terlibat dalam majlis gilang gemilang ini. Suasana sambutan sangat meriah dan ceria dengan telatah semua warga SMAM yang menggayakan pakai raya...

Tag: sambutan hari raya aidilfitri SMAM 2017

Papar Artikel

Sumbangan Bencana Kebakaran SMAM

      Alhamdulillah pada hari Khamis 20 Julai 2017, Alumni Kuliyyah dan UMP telah sudi menyampaikan sumbangan kepada tabung bencana kebakaran SMAM. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Hilmi Bin Mat Said dan diterima oleh GPK HEM SMAM. Terimakasih kami ucapkan kepada Alumni Kuliyyah dan UMP. Semoga ALLAH memberikan balasan yang istimewa untuk anda semua. Amiin.

Tag: sumbangan alumni kuliyyah dan UMP SMAM

Papar Artikel

Aktiviti Ko-Kurikulum Rabu

    Sebagaimana setiap hari Rabu, pada 19 Julai 2017, hari kokurikulum diteruskan di SMAM dengan giliran Persatuan beruniform. Pasukan beruniform SMAM dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu, kadet bomba, kadet polis, persatuan bulan sabit merah dan puteri Islam. Aktiviti bermula dari pukul 3.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Terimakasih kepada semua warga SMAM yang menjayakan aktiviti ini. Tahniah.

Tag: koko SMAM rabu

Papar Artikel

Ceramah Thalassemia dan Ujian Darah Thalassemia

   Alhamdulillah, pada hari rabu 19 Julai 2017, satu ceramah dan ujian darah menguji kehadiran gen thalassemia telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Program ini bermula seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi yang melibatkan semua pelajar tingkatan 4. Program ini telah dijalankan oleh Klinik Kesihatan Maran. Terimakasih diucapkan kepada pihak klinik. Semoga banyak program yang melibatkan kesihatan pelajar boleh disalurkan ke SMAM. Terimakasih.

Tag: thalassemia ujian darah Dewan tun abd razak klinik kesihatan maran.