Peperiksaan Akhir Tahun 2017
Alhamdulillah...peperiksaan akhir tahun 2017 telah bermula pada hari Isnin 30 Oktober dan akan berakhir pada 17 November 2017. Diharapkan semua pelajar dapat menjawab dengan baik dan mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini. Selamat menghadapi peperiksaan.
Musim Peperiksaan Awam
Musim peperiksaan awam telah bermula dengan peperiksaan PT3 yang telah bermula pada 9 Oktober 2017 dan berakhir pada 12 Oktober 2017. Seterusnya disambung pula pada 13 Oktober oleh peperiksaan Sijil Menengah Agama dan akan berakhir pada 3 November 2017. Selepas itu SPM akan bermula pada 6 November 2017 dan akan berakhir pada 28 November 2017. Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang telah,sedang dan akan menghadapi peperiksaan awam ini. Tak lupa juga...
Kelas Tambahan SMA sempena cuti Deepavali
Alhamdulillah, kelas tambahan terakhir dalam cuti untuk peperiksaan SMA telah berjaya dijalankan selama tiga hari semasa cuti sekolah sempena Deepavali iaitu pada 20 Oktober 2017 (Jumaat) sehingga 22 Oktober 2017 (Ahad). Semoga sesi ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang SMA 2017.
Temu Uji Kemasukkan Tingkatan 1 sesi 2018 SMAN
Alhamdulillah selesailah sudah sesi temuuji untuk kemasukkan tingkatan 1 ke SMAN 2018 pada hari ini Sabtu 14 Oktober 2017. Seramai lebih kurang 126 orang pelajar telah menghadiri sesi temuuji ini yang bermula seawal 7.15 pagi dengan sesi pendaftaran. Pada pukul 8.00 pagi bermulalah sesi ujian bertulis sehingga pukul 10.00 pagi. selepas rehat selama 30 minit sesi diteruskan lagi dengan sesi temuuji yang melibatkan ujian membaca jawi dan membaca Al-Quran. Semua bilik ujian telah...

