Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Utk Cikgu Abdullah
Alhamdulillah, sekali lagi solat hajat dan bacaan Yaasin diadakan di surau ASPURA pada malam 28 Mac 2018 untuk mendoakan kesembuhan Cikgu Abdullah yang masih dirawat di HTAA Kuantan. Cikgu Abdullah telah selamat menjalani pembedahan yang ke 4 yang selesai pada pukul 12 tengah malam 29 Mac 2018. Semoga Cikgu Abdullah akan diberi kesembuhan segera. Marilah kita meneruskan berdoa untuk kesembuhan Cikgu Abdullah kita.
Solat Hajat Khas dan bacaan Yaasin Untuk Cikgu Abdullah
Alhamdulillah, Solat Hajat Khas dan bacaan Yaasin telah diadakan di Surau ASPURA semalam 27 Mac 2018 dan akan diteruskan pada malam-malam seterusnya untuk memohon pertolongan ALLAH swt dalam memberi kesembuhan kepada Cikgu Abdullah. Marilah kita sama-sama meneruskan doa dan solat hajat kita untuk memohon kesembuhan kepada Cikgu Abdullah.
Teruskan Berdoa Untuk Cikgu Abdullah
Teruskanlah berdoa untuk Cikgu Abdullah. Berita terbaru mengatakan semalam 27 Mac 2018, Cikgu Abdullah telah selamat menjalani pembedahan usus kerana usus yang pecah dan keadaan beliau masih kritikal lagi dan memerlukan pembedahan dan rawatan susulan. Marilah kita meneruskan doa dan solat hajat kita semoga ALLAH memberikan kesembuhan kepada Cikgu Abdullah yang kita kasihi.
Bengkela PERHATI di Jerantut
Satu bengkel PERHATI telah diadakan di Jerantut pada hari ini Rabu 28 Mac 2018. 2 Wakil SMAM telah menghadiri bengkel ini iaitu Ustaz Redho dan Cikgu Immazura Bt Mamat.

