Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 dan Jamuan Hari Raya 2018

   Alhamdulillah pada hari Sabtu 7 Julai 2018, mesyuarat agung PIBG SMAM kali ke 23 telah berjaya dilaksanakan bersama dengan jamuan hari raya 2018. Program bermula seawal pukul 7.00 pagi dengan kehadiran guru-guru, pelajar-pelajar dan ibubapa penjaga. Mesyuarat agung PIBG telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan dipengerusikan oleh YDP PIBG SMAM, Dato' Shahaimi. Kehadiran ke mesyuarat ini adalah yang paling ramai dicatatkan mungkin kerana ianya dibuat pada hari cuti, hari balik...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Ucapan Perpisahan Cikgu Rosnita

     Pada hari Jumaat 6 Julai 2018, Cikgu Rosnita Binti Mohamad telah memberikan ucapan perpisahan kepada semua warga SMAM di perhimpunan pagi Jumaat. Beliau akan bertukar ke SABK Al-Mahmudi bermula pada hari Isnin 9 Julai 2018. Selamat berpisah dan semoga lebih suksess di tempat yang baru. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Pemantauan 4K SMAM 2018

    Sesi pemantauan 4K telah dilakukan di SMAM pada hari ini Khamis 5 Julai 2018. Seramai 4 orang pemantau telah hadir ke SMAM seawal jam 8.30 pagi. Selepas taklimat diberikan kepada pasukan ini di bilik mesyuarat SMAM, para pemantau telah bergerak ke seluruh SMAM untuk membuat pemantauan mereka. Semoga berjaya SMAM dalam 4K tahun ini. InsyaALLAH.

Tag: 4k 2018