AKTIVITI AKHIR TAHUN MINGGU KE-2 (13 - 17 JANUARI 2025)
Berlangsung dari Isnin 13 Januari 2024 hingga Khamis 16 Januari 2024.
TEMU UJI PELAJAR TINGKATAN 1 2025
Berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang di Blok B bangunan SMA Maran pada hari Sabtu 11 Januari 2025. Tahniah kepada calon-calon yang berjaya hadir untuk sesi tersebut. Semoga semua calon lulus temu uji dan menjadi warga SMAM 2025. InsyaALLAH.
MAJLIS SEKALUNG KASIH SEJAMBAK BUDI & APRESIASI ASRAMA 2024
Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Jumaat 10 Januari 2025 bermula dari jam 8.30 Malam. Antara yang hadir ialah semua pelajar-pelajar asrama, warden-warden, AJK PIBG dan guru-guru. Tahniah atas majlis yang penuh gilang gemilang tersebut.
SUMBANGAN YAB DATO' SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL (MB PAHANG) KEPADA CALON-CALON SPM 2024
Sumbangan diagihkan pada hari Rabu 8 Januari 2024, 7.30 pagi di kelas 5 Al-Abrar dan 5 Al-Muttaqin. Sumbangan adalah berbentuk alat tulis yang boleh digunakan untuk peperiksaan SPM ini. Terimakasih atas sumbangan tersebut.

