117 pelajar Orang Asli terima tajaan penuh pendidikan MUIP
KUANTAN – Seramai 117 pelajar Orang Asli menerima tajaan penuh bantuan pendidikan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi sesi persekolahan tahun 2025/2026.
"Sehingga kini, jumlah keseluruhan pelajar Orang Asli yang menuntut di SMAN dan SMUM seramai 117 orang," katanya.
Menurutnya lagi, antara objektif utama program itu adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak Orang Asli melanjutkan pelajaran di sekolah menengah agama.
SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN TAHAP 1 (UPT1) 2025 KEPADA SEMUA PELAJAR SMA MARAN
UPT1 akan bemula dari Rabu 19 Mac 2025 hingga Selasa 25 Mac 2025. Semoga semua pelajar akan dapat menjawab dengan baik. InsyaALLAH.
IFTAR JAMA'EI RAMADHAN 2025
Majlis diadakan pada hari Selasa 18 Mac 2025 di Dewan Tun Abd Razak dan dipersekitarannya. Majlis bermula pada jam 6.00 petang dengan kehadiran guru-guru, ibu bapa/penjaga dan anak-anak pelajar. Ibubapa yang turut hadir pada hari ini adalah kerana mereka menghantar anak-anak mereka yang tinggal di asrama selepas bercuti 4 hari sempena Nuzul Al-Quran. Makanan disediakan oleh Dewan Makan Asrama SMA Maran dan juga dibawa oleh ibubapa dengan konsep "potluck". Selesai iftar, para...
MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2025
Cuti Hari Raya Aidilfitri bermula pada 31 Mac 2025 (Isnin) dan 1 April 2025 (Selasa) selama 2 hari dan disambung dengan tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan KPM pada 2 April 2025 (Rabu) hingga 4 April 2025 (Jumaat). Secara umumnya pelajar akan bercuti hari raya bermula dari 31 Mac 2025 (ISNIN) hingga 4 April 2025 (JUMAAT). Harap maklum untuk perhatian dan tindakan semua yang terlibat. InsyaALLAH.

