Bengkel Skor A+ PQS Peringkat Negeri Pahang
Seramai 12 orang pelajar SMAM telah terlibat dengan bengkel ini dengan diiiringi oleh guru pengiring, Ustazah Jazlina. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan dikongsi dengan rakan-rakan yang lain yang tidak dapat menyertainya. InsyaALLAH.
Penyampaian Kupon Lonjakkan Prestasi Untuk Pelajar-pelajar 3A dan yang tidak hadir sebelumnya pada Jumaat 27 September 2019 (gambar 2)
Semua kupon disampaikan oleh GPK Pentadbiran, Ustaz Shamsuddin Bin Ali.
Taklimat Peperiksaan PT3 oleh Setiausaha PT3, Cikgu IMMAzura
Taklimat peperiksaaan PT3 disampaikan oleh Setiausaha PT3, Cikgu Immazura selepas sesi menyusun meja dan kerusi untuk peperiksaan tersebut yang akan bermula pada Isnin 30 September 2019.
Majlis Restu Ilmu PT3 2019
Majlis Restu Ilmu PT3 diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Khamis 27 September 2019 selepas sesi bergambar guru. Majlis dihadiri oleh semua guru-guru dan pelajar-pelajar PT3 serta para pentadbir. Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar SMAM dalam PT3 2019. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. InsyaALLAH.

