majlis restu ilmu sma 2019 (4 oktober 2019)
Majlis Restu Ilmu SMA berlangsung di Bilik Komputer SMAM dari jam 8.00 - 10.30 pagi Jumaat 4 Oktober 2019. Setiap guru SMA memberi amanat kepada semua pelajar SMA dan seterusnya disampaikan cenderahati berbentuk alatan tulis kepada semua pelajar SMA. Semoga SMA SMAM cemerlang pada tahun 2019. InsyaALLAH
perhimpunan jumaat 4 oktober 2019
Perhimpunan Jumaat 4 Oktober 2019 bermula pada jam 7.20 pagi hingga 7.35 pagi. Ianya dimulakan dengan bacaan 2 surah Al-Quran yang dipimpin oleh saudara Shahnur dan Nur Haziq. Tiada ucapan diberikan oleh guru.
Majlis Penutupan Pengajaran Khat SMAN siri 1/2019
Majlis penutupan bengkel telah diadakan pada tengahari 2 Oktober 2019 di Bilik Komputer SMAM. Bengkel ini adalah anjuran Panitia Khat SMAM dan Bahagian Pendidikan JAIP. Tahniah kepada semua peserta.
Hari Ke-3 PT3 2019
Hari ini Khamis 3 Oktober 2019 merupakan hari ketiga untuk peperiksaan PT3. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan baik. InsyaALLAH.

