KEMASKINI NASYID
Dukacita dimaklumkan pasukan nasyid SMAM - BURDANI tidak berjaya menembusi Top 5 dalam FENAS kali ini. Pasukan BURDANI hanya dapat tempat ke-6 daripada 12 kumpulan dengan markah 75%.Walaupun begitu, Alhamdulillah anak-anak Burdani telah membuat yang terbaik di pentas kebangsaan. Semoga jadi pengalaman dan pembakar semangat untuk lebih baik selepas ini. InsyaALLAH.
SELAMAT BERJAYA PASUKAN NASYID SMAM
Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan nasyid SMA Maran yang telah bertolak ke Kedah pada hari Jumaat 9.50 pagi untuk menyertai Festival Nasyid Kebangsaan (FENAS). Semoga diberikan kejayaan dan keselamatan oleh ALLAH swt. Aamiiiiin.
BERITA PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) SMA MARAN
Alhamdulillah,Pusat Sumber Sekolah Menengah Agama Maran telah menerima telah menerima sejumlah 411 buah buku disumbangkan hasil usaha sama dengan Perpustakaan Daerah Maran. Semoga kita dapat mengambil manfaat dari lembaran-lembaran ini.
Untuk makluman semua , pusat sumber mengambil inisiatif membuat pinjaman secara pukal dari Perpustakaan Awam Maran. Tempoh pinjaman adalah 3 bulan. Selepas 3 bulan kita akan membuat pertukaran buku-buku lain pula. Oleh...
Untuk makluman semua , pusat sumber mengambil inisiatif membuat pinjaman secara pukal dari Perpustakaan Awam Maran. Tempoh pinjaman adalah 3 bulan. Selepas 3 bulan kita akan membuat pertukaran buku-buku lain pula. Oleh...
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM BERSEPADU (PASUKAN UNIFORM KOR KADET POLIS) PERINGKAT DAERAH 2025
Seramai 8 orang pelajar SMA Maran telah terpilih iaitu 4 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan.Pasukan yang diwakili oleh pelajar SMA Maran hanya berjaya mendapat tempat ke-7 dalam pertandingan tersebut. Semoga ianya memberi semangat kepada semua pelajar untuk mencuba lagi di tahun hadapan. InsyaALLAH.

