Pembelajaran Online bermula
Pembelajaran secara online untuk pelajar SMAM telah bermula pada hari Rabu 11 November 2020. Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut tingkatan dan jadual rasmi telah dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Bengkel Pembelajaran Online
Diadakan di Bilik mesyuarat SMAM untuk persediaan guru menjalankan PdPr sempena cuti COVID-19. Bengkel disampaikan oleh Cg Syaima, Cg Izhharuddin dan Cikgu Hafiz. Semoga ianya membantu dalam menjalan pembelajaran online. Bengkel diadakan pada Hari Selasa 10 November 2020 Bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah ari.
Selamat bercuti semua
Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar SMAM yang semuanya telah berjaya pulang ke rumah masing-masing pada hari Isnin 9 November 2020. Ibubapa telah hadir seawal jam 8.00 pagi untuk mengambil anak masing-masing. Jangan lupa pembelajaran secara online akan diteruskan sepanjang cuti PKPB ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang
Tahniah di atas perlantikan Pengarah Jabatan Islam Pahang dari warga SMA Maran

