Permohonan masuk ke tingkatan 1 sekolah-sekolah sman sesi 2022
Sila baca iklan di atas dengan berhati-hati untuk kaedah permohonan. Semoga permohonan anda berjaya. InsyaALLAH
Pendaftaran & kemasukkan ke asrama pelajar tingkatan 3 smam
Alhamdulillah. Pendaftaran dan kemasukkan pelajar tingkatan 3 telah selamat dijalankan pada hari ini Ahad 24 Oktober 2021. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Tahniah kepada guru-guru penerima anugerah di Majlis anugerah kecemerlangan pendidikan Sman
Tahniah kepada guru-guru SMAM yang menerima anugerah di Majlis Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Pahang yang diadakan pada hari ini Khamis 21 Oktober 2021. Guru yang menerima anugerah ialah Cikgu Nurul Izzah, Ustazah Ummu dan Ustazah Salmiah.
Suntikan vaksin dos ke-2 pelajar tingkatan 1-3
Program dijalankan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Rabu 20 Oktober 2021 dari jam 2.00 hingga 4.30 petang. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjalankan program ini terutamanya PKD Maran. Terima kasih.

