Program Berbuka Puasa Untuk Pelajar Tadarus Anjuran Kelab Belia dan Sukan Daerah Maran
Program tajaan Kelab Belia dan Sukan Daerah Maran ini melibatkan 20 pelajar yang terlibat dengan tadarus. Ianya dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Jumaat 22 April 2022. Terimakasih diucapkan kepada Kelab Belia dan Sukan Daerah Maran.
Tadarus Al-Quran Ramadhan 2022 (22 April 2022)
Tadarus Al-Quran Jumaat 22 April 2022 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Semoga ALLAH swt memberkati hari-hari kita. InsyaALLAH
Bacaan Al-Quran & Doa Pagi 22 April 2022
Bacaan diketuai oleh pelajar bertugas dari Pejabat SMAM.
Tahniah Kepada Calon SMAM Yang Merangkul Mumtaz dalam SMA 2021
Seramai 4 orang calon SMA SMAM telah berjaya me catatkan kejayaan Mumtaz dalam peperiksaan SMA 2021. Dari 4 orang yang mumtaz, seorang mendapat Mumtaz Sufi iaitu Saudara Wan Mohd Nabil. Tahniah sekali lagi.

