Alhamdulillah…. Sudah Boleh Makan Di Kantin
Alhamdulillah, setelah 2 tahun lebih pelajar tidak dibenarkan makan di kantin, akhirnya mereka sudah boleh berbuat demikian bermula hari ini Isnin 9 Mei 2022. Semoga kita terus bebas COVID-19.
PERHIMPUNAN PERTAMA SELEPAS 2 TAHUN (9 Mei 2022)
Alhamdulillah. Perhimpunan pertama telah berjaya dijalankan pada hari ini Isnin 9 Mei 2022 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Semoga kita terus bebas dari COVID-19. InsyaALLAH.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2022
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Warga SMAM khasnya dan semua ummat Islam di mana jua berada amnya. Semoga kita sentiasa dirahmati dan diampuni oleh ALLAH swt.
Selamat Bercuti Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Warga SMAM
Selamat bercuti kepada semua warga SMAM samada guru-guru, staf-staf dan pelajar-pelajar. Semoga semuanya selamat sepanjang cuti. Cuti bermula dari 30 April hingga 8 Mei 2022.

