Pertandingan Sukan MASISUPA Sekolah 2022 Hari Pertama
Berlangsung bermula dari jam 3.30 hingga 6.30 petang di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.
Majlis Perasmian Penutupan DAURAH Aqidah 2022
Alhamdulillah. Terimakasih kepada YB ADUN Luit kerana sudi merasmikan penutupan program Daurah Aqidah yang diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Terimakasih juga kepada penceramah khas dari Yaman Syeikh Jamil Melhi Al-Rubaadi dan penterjemah, Ustaz Ahmad Farek dari SMA Maran. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Alhamdulillah.
Alhamdulillah... DAURAH Aqidah
Alhamdulillah... Daurah Aqidah telah bermula pada jam 9.30 pagi di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Pendaftaran peserta telah bermula seawal jam 8.00 pagi. Tahniah kepada semua peserta dan petugas yang menjalankan program ini. Alhamdulillah.
Persediaan untuk Daurah Aqidah di Dewan Tun Abd Razak, SMAM
Persediaan tempat untuk program Daurah Aqidah telah dilaksanakan secara gotong royong oleh guru-guru di bawah jawatankuasa Majlis Sekolah dengan dibantu oleh pelajar-pelajar. Tahniah dan Terimakasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

