Selamat Datang Ke SMAM Guru-guru Praktikal dan Guru Baru
3 guru praktikal dari UPSI memulakan praktikal di SMAM iaitu Cikgu Umairah, Cikgu Norasyikin dan Cikgu Husna. Guru baru yang bertukar ke SMAM ialah Cikgu Hidayah Binti Omar yang bertukar dari Maahad SAS.
PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 3 APRIL 2023
Majlis bermula pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada 8.20 pagi. Ucapan diberikan oleh guru bertugas, guru disiplin, guru praktikal, guru baru dan Pengetua SMAM, Cikgu Mohd Fairuz Bin Ab Kudus.
Program Tadarus Al-Quran
Bermula dari jam 2.00 hingga 2.45 petang dari 1 Ramadhan hingga akhir Ramadhan. Semoga semuanya berjalan lancar.
Perhimpunan Rasmi Isnin + Penyampaian Watikah Kepimpinan SMAM 2023
Majlis bermula pada 7.30 pagi sejurus ketibaan Pegawai Polis Perhubungan SMAM. Ia berakhir pada jam 9.00 pagi. Semoga semua pengawas dan kepimpinan sekolah akan menjalankan tugas mereka sebaik mungkin. InsyaALLAH

