Peperiksaan SMA bermula
Alhamdulillah. Semoga semua calon dapat menjawab semua soalan dengan baik. InsyaALLAH
Perhimpunan Pagi Isnin 16 Januari 2022
Perhimpunan bermula dari jam 7.20 pagi hingga 8.00 pagi di luar dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ini kerana dewan digunakan untuk peperiksaan SMA. Hari ini juga merupakan hari bermulanya peperiksaan akhir tahun 2022.
Majlis Restu Ilmu SMA 2022
Majlis diadakan bermula jam 8.45 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Semoga semua pelajar SMA 2022 berjaya dengan cemerlang dalam Sijil Menengah Agama 2022.
Terimakasih Encik Adnan AD6 atas sumbangan naskhah Al-Quran untuk pelajar tahfiz smam
Warga SMAM mengucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada Encik Adnan AD6 yang telah menumpang 130 naskhah Al-Quran untuk kegunaan pelajar-pelajar tahfiz SMAM. Semoga ALLAH swt memberikan ganjaran pahala yang terbaik dan berterusan kepada beliau. InsyaALLAH