Kelas Anjal SPM 2018
Untuk memastikan kecemerlangan SPM 2018, SMAM telah menjalankan kelas anjal SPM bermula pada Isnin 1 oktober 2018. Program ini akan diteruskan sehingga peperiksaan SPM bermula. Setiap hari pelajar akan fokus kepada 2 subjek sahaja. Semoga SPM 2018 lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya. InsyaALLAH.
Kelas Anjal SMA 2018
Kelas anjal untuk SMA telah dimulakan minggu lepas pada hari Isnin 24 September 2018. Setiap hari pelajar akan fokus pada 2 subjek sahaja dimana pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan potensi dan cemerlang. Adalah diharapkan program ini akan meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam SMA 2018. InsyaALLAH
Peperiksaan PT3 Hari ketiga
Hanya tinggal satu hari sahaja lagi untuk calon-calon PT3 menghadapi peperiksaan ini. Peperiksaan ini akan berakhir esok 4 Oktober 2018. Selamat maju jaya calon-calon SMAM 2018. InsyaALLAH.
SELAMAT MAJU JAYA SMAM 2018
SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN AWAM 2018. BUAT HABIS BAIK.

