Gotong Royong Membersihkan Kelas 1S
Satu gotong royong membersihkan kelas 1S telah diadakan pada jam 11.00 pagi hingga 11.45 pagi iaitu selepas berakhir peperiksaan terakhir pada hari ini Isnin 29 Oktober 2018. Ini bertujuan untuk memulihkan keadaan kelas 1 S yang terlalu kotor dan bersepah. Tahniah dan terimakasih atas kerjasama semua pelajar-pelajar 1S.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 SMAM
Satu mesyuarat untuk program pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 SMAN telah diadakan pada hari ini Isnin 29 Oktober 2018 di Bilik Mesyuarat SMAM bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Mesyuarat dihadiri oleh pegawai-pegawai JAIP , wakil pusat bahasa dan guru-guru SMAM. Pegawai JAIP yang hadir ialah Ustazah Apidah, Ustaz Khairuddin dan Ustaz Zahariddin. Pusat Bahasa diwakili oleh Ustaz Saifulbahri manakala SMAM diwakili oleh Pengetua SMAM Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin,...
Hari Terakhir Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1,2 dan 3
Peperiksaan akhir tahun 2018 bagi tingkatan 1 dan 2 berakhir hari ini Isnin 29 Oktober 2018. Subjek terakhir ialah subjek Hadith yang bermula pada pukul 8.40 pagi hingga 10.10 pagi. Manakala pelajar tingkatan 3 pula subjek terakhir ialah subjek Nahu Sorf yang berakhir pada 2.30 petang. Tahniah kepada semua pelajar tingkatan 1,2 dan 3 yang berjaya menamatkan peperiksaan mereka.
Perhimpunan Rasmi Isnin 29 Oktober 2018
Perhimpunan rasmi hari Isnin 29 Oktober 2018 telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM bermula dari pukul 7.20 pagi hingga 8.00 pagi. Ucapan telah diberikan oleh guru bertugas minggu ini dan oleh Pengetua SMAM Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin.
Guru bertugas untuk minggu 29 Oktober 2018 - 2 November ialah:
1. Cikgu Wan Amran Bin Wan Abd Arif
2. Cikgu Nurul Izzah Bin Awang Kechik
Kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sebarang masalah bolehlah berjumpa dengan guru bertugas...
Guru bertugas untuk minggu 29 Oktober 2018 - 2 November ialah:
1. Cikgu Wan Amran Bin Wan Abd Arif
2. Cikgu Nurul Izzah Bin Awang Kechik
Kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sebarang masalah bolehlah berjumpa dengan guru bertugas...

