Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Synergy Italent Pahang 2018 - Pencarian Bakat Baru Atlet OKU

     Alhamdulillah pada hari Khamis 12 Julai 2018, telah diadakan satu program pencarian bakat baru atlet OKU pahang yang dinamakan sebagai Synergy Italent 2018 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Pahang. SMA Maran telah menghantar seorang wakil untuk pemilihan ini iaitu saudara Aizat Bin Aziz dari kelas 5A. Beliau diiringi oleh guru pengiring iaitu Cikgu Norhidayatul Adillah Binti Mohd Kamal. Semoga beliau akan terpilih sebagai salah seorang wakil Pahang. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Inspirasi Dari Tokoh Islam: Imam Al-Ghazali

Ilmu Tanpa Amal dan Amalan Tanpa Ilmu 

25 Wasiat Imam Ghazali (Wasiat 8) 

     Imam Ghazali berkata: " Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.'' Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya. Di samping itu, ilmu yang ada juga...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Perkampungan Ilmu Fasa II ( 13 Julai - 15 Julai 2018)

   Alhamdulillah, satu program kelas tambahan hujung minggu yang dinamakan sebagai Perkampungan Ilmu Fasa II telah dijalankan di SMAM dari Jumaat 13 Julai 2018 hingga Ahad 15 Julai 2018. Program melibatkan semua pelajar PT3, SMA dan SPM yang dilaksanakan di 3 tempat iaitu PT3 di Dewan Tun Abd Razak SMAM (73 Orang pelajar), SMA di Bilik Komputer SMAM ( Seramai 36 Orang) dan SPM di Bilik Tayang SMAM ( 36 Orang). Program melibatkan seminar, bengkel dan kelas tambahan biasa. Seminar dan...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Hari Bahasa Arab 12 Julai 2018

       Pada hari Khamis 12 Julai 2018, seperti mana biasa, perhimpunan pagi Khamis telah dikhaskan untuk perlaksanaan hari bahasa Arab dimana perjalanan perhimpunan diadakan dalam bahasa arab. Pada hari tersebut juga, satu tazkirah pendek telah diadakan oleh wakil Kelab Dakwah SMAM iaitu Saudara Nazrul Hakim dari kelas 3M. Semoga program ini akan meningkatkan penguasaan bahasa arab dikalangan pelajar-pelajar SMAM. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018