Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Badminton 12 Februari 2019
Latihan badminton lelaki dan perempuan telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM, pada hari ini Selasa 12 Februari 2019. Latihan diselia oleh Cikgu Aesah dan Encik Kadri. Semoga segala usaha akan membuahkan kejayaan. InsyaALLAH.
Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Lelaki 12 Februari 2019
Perlawanan persahabatan bola tampar lelaki antara pasukan SMAM melawan pasukan SMK Chedung Jaya telah diadakan pada hari ini Selasa 12 Februari 2019 bertempat di Gelanggang Belia Bandar Maran. Pasukan SMAM telah berjaya memenangi perlawanan tersebut. Tahniah.
Selamat Bertukar Cikgu Nur Fadhilah bt Ahmad Hazamy
Warga SMAM mengucapkan selamat bertukar kepada Cikgu Fadhilah yang akan berpindah ke SMA Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF), Pekan bermula esok Rabu 13 Februari 2019. Semoga selamat dan gembira bertugas di tempat yang baru. InsyaALLAH. Terimakasih di atas segala jasa yang telah dicurahkan selama ini kepada warga SMAM.
Perhimpunan Pagi Selasa 12 Februari 2019
Perhimpunan pagi Selasa 12 Februari dimulakan pada pukul 7.15 pagi dengan nyanyian Asma Ul-Husna. Selepas itu bacaan beramai-ramai Al-Quran diketuai oleh pengawas bertugas Afiq Fahmi, diikuti dengan program Thobur Sobahi, ucapan guru bertugas Ustaz Syarafi dan ditutup dengan doa oleh Saudara Afiq Fahmi.

