Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Rayuan
Program bermula dari jam 8.30 pagi. Selamat datang kepada semua ibubapa dan pelajar-pelajar tingkatan 1 2023/2024.Setakat jam 11.32 seramai 28 orang pelajar telah berjaya mendaftar hari ini Isnin 20 Mac 2023.
Ucapan pertama Pengetua SMA Maran: Cikgu Mohd Fairuz Bin Ab Kudus
Beliau bercakap mengenai kepentingan dan cabaran bersekolah agama, kepentingan mematuhi peraturan, kepentingan bersungguh-sungguh dalam belajar dan kepentingan perbincangan dalam dalam membangunkan SMA Maran.
Perhimpunan Pertama Sesi 2023/2024
Majlis bermula pada jam 7.20 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Sultan Kami, lagu SMAN dan alunan Asma Ul Husna. Ucapan disampaikan oleh guru bertugas, GPK HEM, GPK Pentadbiran dan Pengetua.