Aktiviti Mencantikkan Asrama (2 Januari 2020)
Aktiviti melibatatkan pemasangan vinyl lantai dan menyusun pasu-pasu di sekitar ASPURA. Ianya dijalankan secara bergotong-royong dengan dipantau oleh warden-warden.
Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020 (2 Januari 2020)
Alhamdulillah, hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar. Ianya dimulakan dengan perhimpunan rasmi yang turut menerima kunjungan dari Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Hafiz Bin Mohd Noor bersama dengan pegawai pengiring. Ucapan telah diberikan dalam perhimpunan ini oleh guru bertugas, Cikgu Hidayah diikuti dengan ucapan-ucapan dari GPK HEM (Ustazah Azifah), GPK Kurikulum (Ustaz Shamsudin), Pengetua SMAM (Ustaz Shamsuri) dan ditutup oleh ucapan dari PPS Inspektor...
Pengurusan ASPURA Sesi 2020
Pada malam 1 Januari 2020, Taklimat Pertama ASPURA diadakan di Surau ASPURA selepas selesai solat isyak. Ketua warden, Ustaz Azrul telah memberikan taklimat beliau yang pertama kepada semua warga ASPURA dan seterusnya diadakan perlantikan MT dan EXCO serta perlantikkan ketua bilik. Tahniah.
Pendaftaran Pelajar Asrama SMAM sesi 2020 ( 1 Januari 2020)
Tahniah kepada semua pelajar yang diterima masuk ke asrama SMAM untuk sesi 2020. Mereka telah selamat mendaftar masuk ke ASPURA dan ASPURI pada hari ini 1 Januari 2020 bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Semoga semua selesa di asrama dan bersedia untuk sesi P&P yang akan bermula esok 2 Januari 2020. InsyaALLAH.

