Kejohanan Catur MSSD Maran 2020 (29 - 31 Januari 2020)
Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari ini dijalankan di Dewan Ibnu Sina, SMA Seri Jengka. SMAM diwakili oleh 4 orang pelajar yang diiringi oleh guru penasihat catur iaitu Cikgu Hariyah. 4 pelajar SMAM yang memasuki kategori 15 tahun kebawah mendapat keputusan seperti berikut:
Naufal - 11/48, Arif - 23/48, Hafizuddin 24/48 dan Mustaqim, 29/48. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Naufal - 11/48, Arif - 23/48, Hafizuddin 24/48 dan Mustaqim, 29/48. Tahniah kepada semua yang terlibat.
MASISUPA SEKOLAH (31 JANUARI 2020)
MASISUPA Sekolah 2020 diteruskan dengan pertandingan ilmiah. Antara acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah Kitabul Maqal, Kitab Turath, Nasyid dan bahas ala parlimen.
Perhimpunan Jumaat (31 Januari 2020)
Perhimpunan Jumaat 31 Januari 2020 bermula pada jam 7.20 pagi dengan bacaan 2 surah Al-Quran yang dipimpin oleh 2 pengawas bertugas. Selesai sesi bacaan Al-Quran beramai-ramai, ucapan diberikan oleh Ustaz Khairun Nas selaku SU kokurikulum.
Wajah-wajah ceria di MASISUPA Sekolah 2020
MASISUPA Sekolah 2020 berjalan dalam suasana meriah dan ceria. Semoga perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar. InsyaALLAH.

