Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Cuti Peristiwa Pada Isnin 17 Februari 2020 Sempena MASISUPA Zon 2

   SMA Maran akan bercuti peristiwa pada hari Isnin 17 Februari 2020 sempena kejohanan MASISUPA Zon 2 yang akan berlangsung pada 13 - 16 Februari 2020 di Maahad SAS, Bandari Pusat Jengka. Pengumuman mengenai cuti ini telah dilakukan oleh pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin semasa taklimat peserta MASISUPA semalam 12 Februari di Dewan Tun Abd Razak, SMAM dan diulang maklumkan di perhimpunan pagi Khamis 13 Februari 2020 oleh GPK HEM, Ustazah Azifah.

Tag: SMAM 2020

Papar Artikel

Penyampaian jersi bola tampar lelaki

   Satu majlis ringkas penyerahan jersi kepada pasukan bola tampar lelaki sekolah telah diadakan di tapak perhimpunan pada hari ini Khamis 13 Februari 2020. Semua jersi diserahkan oleh pengurus/jurulatih bola tampar lelaki, Ustaz Azizul. Semoga mereka akan lebih bermotivasi untuk menang. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2020