MAKLUMAN: TEMU UJI pelajar tingkatan 1 2021
Temu uji untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 2021 akan diadakan secara atas talian pada 19 Disember 2020 Bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Sila layari laman web https://esurvey.pahang.gov.my/. Ibubapa/penjaga/pelajar bolehlah menyemak panggilan temu uji di laman web: https://esma.pahang.gov.my
Majlis Santai Jawatankuasa PIBG dalam parlimen Maran bagi tahun 2020
Majlis Santai ini diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Maran, Pahang. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi Jumaat 20 November 2020. Setiap sekolah di wakili oleh 2 wakil daripada PIBG. Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Maran.
Makluman: semakan keputusan percubaan SPM 2020
Kepada ibubapa yang mahu melihat keputusan percubaan SPM 2020 anak-anak jagaan mereka bolehlah berbuat demikian di laman web esma:
https://esma.pahang.gov.my/frmPeriksa_sekolah.php
https://esma.pahang.gov.my/frmPeriksa_sekolah.php
Post Mortem Percubaan SPM 2020
Post mortem Percubaan SPM 2020 diadakan di Bilik Mesyuarat SMAM dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari Selasa 17 November 2020. Ianya dihadiri oleh semua guru SPM 2020. Ianya dipengerusikan oleh Pengetua Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin.