Majlis Anugerah Kecemerlangan Guru 2019 (23 Mac 2021)
Majlis ini diadakan secara ringkas selepas mesyuarat guru pada jam 12.15 tengahari di Bilik Mesyuarat SMAM. Ianya diadakan selepas tertangguh buat sekian lamanya disebabkan oleh kekangan COVID - 19. Alhamdulillah.
Mesyuarat Guru Kali Ke-2 2021 (23 Mac 2021)
Mesyuarat guru kali ke-2 2021 bermula pada jam 9.00 pagi Selasa 23 Mac 2021 di Bilik Mesyuarat SMAM. Ianya dihadiri oleh semua guru. Perkara yang dibincangkan ialah perancangan 2021 dan persediaan pembukaan sekolah pada 5 April 2021 ini.
Projek Menaik Taraf kelas bangunan kayu SMAM
Kerja-kerja menaik taraf 2 kelas yang berada pada bangunan kayu SMAM sedang giat dijalankan. Ini insyaALLAH akan memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajar yang akan ditempatkan di bangunan kayu ini apabila sekolah dibuka pada 4 April 2021 ini.
Kelas Tambahan Subjek Terakhir SMAM (ekonomi) giat dilaksanakan
kelas tambahan untuk SPM belum berakhir selagi mana SPM belum tamat. Kelas untuk subjek terakhir SPM SMAM iaitu ekonomi sedang giat dijalankan bermula dari 16 mac 2021 lagi. Kelas ini dijalankan oleh Cikgu Rafizal untuk memastikan pelajar-pelajar SMAM betul-betul bersedia sebelum mengambil peperiksaan ekonomi pada Rabu 24 Mac ini. Semoga kejayaan cemerlang dianugerahkan oleh ALLAH swt kepada semua calon-calon SPM 2020. Insya ALLAH. Aamiiiin.