Tadarus Al-Quran Ramadhan 2022 (20 April 2022)
Tadarus Al-Quran melibatkan semua warga SMAM yang diadakan pada waktu selepas rehat dari jam 11.00 hingga 12.00 tengahari setiap hari. Ianya diketuai oleh Ustaz bertugas bersama dengan pelajar-pelajar terpilih. Semoga ALLAH swt memberkati.
Bacaan Al-Quran & Doa Pagi 20 April 2022
Bacaan Al-Quran dan doa diketuai oleh Pengawas Bertugas dari Pejabat SMAM. Semoga ALLAH swt memberkati hari-hari kita. InsyaALLAH
Kursus kecemerlangan Kepimpinan, Pengurusan dan Pentadbiran Sesi 2/2022
Kursus diadakan di Hotel Ancasa Royale, Pekan pada hari Selasa 19 April 2022. SMAM diwakili oleh Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin.
Solat Dhuha dan Ceramah Nuzul Quran Peringkat Asrama
Sempena Hari Nuzul Quran yang jatuh pada hari ini Selasa 19 April 2022, satu program Asrama diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM iaitu solat Dhuha dan Ceramah Nuzul Quran Bersama Ustaz Mohd Azli Bin Ishak dari Pejabat Agama Islam Daerah Maran bermula dari jam 9.00 pagi. Tahniah kepada semua yang terlibat.