Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Perasmian penutupan Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 siri 6 di SMAM

      Tepat jam 10.30 pagi, perasmian penutupan Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab di SMAM telah bermula. Dalam majlis ini, ucapan-ucapan telah disampaikan oleh wakil pelajar, wakil fasilitator Ustaz Syaifulbahri, wakil SMAM Ustaz Shamsuddin Bin Ali dan akhir sekali ucapan dari tokoh perasmi iaitu
Ustazah Apidah Binti Zakaria@Daud, Penolong Pengarah kanan, Unit Naziran, Latihan dan SAN. Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 (Pagi 11 November 2018)

     Bengkel ini diteruskan pada hari ketiga dengan aktiviti "explore race" di mana pelajar-pelajar akan cuba menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan oleh fasilitator yang berada di beberapa tempat si sekitar SMAM. Para pelajar bergerak dalam kumpulan-kumpulan di mana mereka mesti menyelesaikan semua soalan atau masalah yang diberikan di setiap "check point" dan mesti juga menjaga amanah tertentu yang dibawa bersama mereka. Aktiviti yang bermula dari 8.30 pagi ini berakhir...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 (malam 10 November 2018)

     Untuk sesi malam, peserta-peserta Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab menjalankan 2 aktiviti iaitu persembahan kaedah mengingat bahasa Arab menggunakan lagu mengikut kumpulan. Pelajar menyanyikan lagu di atas pentas mengikut kumpulan dan juga ditanya mengenai makna perkataan bahasa arab. Seterusnya peserta-peserta menjalankan aktiviti menyelesaikan masalah bahasa arab juga dalam kumpulan. Slot tamat pada pukul 10.30 malam.

# Untuk melihat dan muat turun lebih banyak foto sila ke...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 (Petang 10 November 2018)

    Untuk sesi petang, bengkel pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 mengajak pelajar-pelajar, belajar dan mengukuhkan ingatan melalui permainan dan kuiz. Permainan yang dimainkan ialah dam ular dimana pelajar boleh bergerak ke petak seterusnya hanya jika boleh menjawab soalan-soalan dalam bahasa arab yang diberikan oleh fasilitator. Ini merupakan satu kaedah yang ceria untuk pembelajaran bahasa. Tahniah dan semoga ianya akan membantu pelajar mudah mempelajari bahasa arab di masa...

Tag: SMAM 2018