Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Persediaan Terakhir Pelajar Tingkatan 5 Sebelum SPM bermula

   Pada hari ini Isnin 12 November 2018, pelajar-pelajar tingkatan 5 menggunakan masa yang ada untuk persediaan SPM dengan meneruskan sesi pembelajaran secara santai di pondok-pondok bacaan yang disediakan. Esok 13 November 2018 akan bermulalah SPM 2018 dengan dimulakan oleh subjek Bahasa Melayu. Semoga semua anak-anak SMAM akan beroleh kejayaan gilang gemilang dalam peperiksaan SPM yang akan menjelma. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Aktiviti Selepas Peperiksaan Bermula

   Aktiviti selepas peperiksaan telah bermula bagi tingkatan 1,2 dan 3 pada hari ini Isnin 12 November 2018. Aktiviti pertama untuk tingkatan 1 dan 3 ialah Spelling Bee dan bagi tingkatan 2 aktiviti 100 kalimah Bahasa Arab. Aktiviti selepas rehat ialah Tahsin Al-Quran dan Solat yang diadakan di surau lelaki bagi pelajar lelaki dan surau perempuan bagi pelajar perempuan. 

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Lawatan oleh Guru Pengawas SPM 2018

     Pada pukul 8.15 pagi, pasukan pengawas-pengawas SPM telah hadir ke SMAM untuk melawat Dewan Tun Abd Razak yang akan dijadikan tempat mengambil peperiksaan SPM 2018. Pasukan ini diketuai oleh Ketua Pengawas iaitu Encik Tajuddin guru dari SMK Maran 2. Lawatan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Selamat bertugas diucapkan kepada pasukan ini. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Perhimpunan Rasmi Isnin 12 November 2018

    Perhimpunan rasmi hari Isnin 12 November 2018 telah dipengerusikan oleh Saudara Amiruddin dari 4A selaku pengawas bertugas. Ucapan pertama ialah dari guru bertugas minggu lepas, Ustaz Rahimi, diikuti oleh guru bertugas minggu ini, Ustaz Azrul dan diakhiri dengan ucapan oleh GPK Pentadbiran, Ustaz Shamsuddin Bin Ali.

Guru Bertugas bagi Minggu 12 November - 16 November ialah:

1. USTAZ AZRUL BIN MOHAMMED ZALI
2. CIKGU IMMAZURA BINTI MAMAT

Pelajar-pelajar boleh berjumpa 2 guru di atas...

Tag: SMAM 2018