Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Lawatan Selepas Peperiksaan SPM Pelajar Tingkatan 5 SMAM 2018

    Selesai peperiksaan SPM yang berlangsung dari 13 November 2018 hingga 6 Disember 2018, pelajar-pelajar tingkatan 5 SMAM telah berangkat mengikuti rombongan lawatan ke Terengganu. Mereka bertolak pada pagi Jumaat 7 Disember 2018 dan dijangka pulang semula ke Pahang pada hari Ahad 9 Disember 2018. Lawatan ini diselaraskan oleh Cikgu Aminah Murni. Semoga mereka selamat disepanjang program lawatan ini dan pulang dalam keadaan yang selamat juga. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Terimakasih Kepada Pengawas-pengawas SPM SMAM

    Terimakasih diucapkan kepada pasukan pengawas SPM di SMAM yang telah menabur bakti dari hari pertama 13 November hingga hari akhir 6 Disember 2018. Pasukan ini diketuai oleh Cikgu Tajuddin dari SMK Maran 2, Cikgu Zaiton juga dari SMK Maran 2, Cikgu Azizah dari SMK Maran dan Cikgu Rina dari Kolej Vokasional Chenor. Semoga jasa anda dibalas dengan pahala terbaik dari ALLAH swt. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018