Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Perhimpunan Jumaat 4 Januari 2019

    Perhimpunan pagi Jumaat 4 Januari 2019 menyaksikan bermulanya program bacaan Al-Quran secara berjemaah untuk setiap hari Jumaat. Pengetua SMAM Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin juga telah menyampaikan pesanan ringkas kepada pelajar-pelajar mengenai masalah "Vandalisme" di sekolah. Semoga pesanan ini akan diambil ikhtibar oleh semua pelajar. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Perhimpunan Rasmi Kali Pertama 2 Januari 2019

   Alhamdulillah, hari pertama persekolahan di SMAM dimulakan dengan perhimpunan rasmi pertama. Dalam perhimpunan ini GPK-GPK dan Pengetua mengambil peluang memberikan amanat pertama kepada semua pelajar-pelajar SMAM. Semoga sesi 2019 akan menjanjikan kejayaan yang lebih besar kepada SMAM. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2019

     Satu program orientasi pelajar-pelajar tingkatan 1 sesi 2019 telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Selasa 1 Januari 2019. Semua GPK telah mengambil giliran memberikan taklimat dibawah bidang masing-masing pada sesi tersebut. Ketua warden juga memberikan taklimat asrama kepada semua pelajar-pelajar baru ini. Selamat menjadi warga SMAM diucapkan kepada semua pelajar baru ini. Semoga gembira dengan suasana di SMAM. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019