Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Persediaan Untuk MASISUPA 2019 SMAM

    Persiapan sedang giat dijalankan untuk menyediakan prasarana bagi latihan MASISUPA 2019. Pada Sabtu 12 Januari 2019, SU Sukan dengan dibantu oleh beberapa pelajar SMAM telah menyiapkan garisan gelanggang Takraw yang berdekatan dengan ASPURA untuk latihan menghadapi MASISUPA Zon 2. Semoga SMAM akan berjaya dengan cemerlang dalam MASISUPA 2019 nanti. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Meriahnya Hari Jumaat 11 Januari 2019

    Bermula pada pukul 12.00 tengahari Jumaat 11 Januari 2019, suasana di SMAM menjadi cukup meriah dengan keriuhan suara-suara pelajar-pelajar yang bergerak menuju ke kenderaan ibu bapa masing-masing untuk balik kampung. Suasana amat ceria dengan senyuman di wajah masing-masing yang akan balik kampung buat kali pertama selepas hampir 2 minggu tinggal di asrama. Wajah ibu bapa juga jelas nampak riang dengan senyuman dan ketawa mungkin kerana selepas hampir 2 minggu, terubatlah rindu...

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Makluman Kelas Intervensi 2019

    Pada hari ini Jumaat 11 Januari 2019, guru PETKA Cikgu Noraza telah mengedarkan surat makluman tentang kelas Intervensi yang akan dijalankan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk diserahkan kepada ibu bapa masing2 sempena minggu balik kampung pertama sesi 2019. 
   Kelas Intervensi ini akan melibatkan 3 subjek iaitu Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Jadual kelas intervensi ini juga turut diedarkan. Kelas akan...

Tag: SMAM 2019