latihan bola jaring diteruskan lagi pada hari ini Rabu 23 Januari 2019. Semoga ianya akan membina satu pasukan yang mantap untuk menghadapi MASISUPA 2019. InsyaALLAH.
Satu pertandingan menulis artikel telah dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Maran yang bertajuk amalan gaya hidup sihat. Pertandingan ini turut disertai oleh 10 orang pelajar SMAM dari tingkatan 2 sehingga 5. Semoga kejayaan akan dicapai. InsyaALLAH.
Pasukan bola tampar lelaki SMAM sentiasa menjalankan latihan mengikut jadual latihan yang disediakan oleh setiausaha Sukan SMAM. Ini merupakan persediaan dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi pertandingan MASISUPA peringkat sekolah dan Zon 2 yang bakal tiba. Semoga berjaya semua. InsyaALLAH