Penyampaian hadiah untuk aktiviti kokurikulum juga turut diadakan pada hari ini semasa perhimpunan pagi Jumaat. Penyampaian hadiah juga dilakukan oleh GPK HEM, Ustazah Azifah.
Penyampaian sijil penyertaan kepada 3 peserta bengkel ko-falak dari SMAM telah diadakan pada hari ini. Sijil disampaikan oleh GPK HEM, Ustazah Azifah. Semoga falak akan berkembang di SMAM. InsyaALLAH.
SU Keceriaan 4K SMAM, Ustaz Azrul telah mengumumkan pemenang-pemenang pertandingan kebersihan dan keceriaan SMAM untuk minggu 18 - 22 Mac 2019 di perhimpunan pagi Jumaat. Penyampaian hadiah disampaikan oleh GPK HEM, Ustazah Azifah. Tahniah kepada semua pemenang.
Perhimpunan pagi Jumaat 5 April 2019 dimulakan dengan bacaan beramai-ramai Al-Quran diketuai oleh Saudara Amiruddin dan Wan Hakimi. Seterusnya diadakan penyampaian hadiah untuk pertandingan kebersihan dan keceriaan, penyertaan kem ko-falak dan pertandingan semasa aktiviti kokurikulum setiap hari Rabu. hadiah disampaikan oleh GPK HEM, Ustazah Azifah,