Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

taklimat program penerimaan biasiswa yayasan pahang 2019

   Taklimat mengenai program penerimaan biasiswa Yayasan Pahang 2019 telag diberikan oleh Ustazah Azifah ditapak perhimpunan pada pagi ini Khamis 9 Mei 2019. Pelajar-pelajar SMAM akan bergerak ke Dewan Arena Taman Tasik Maran pada pagi ini untuk majlis bersama Yayasan Pahang. Seramai lebih dari 110 orang pelajar SMAM akan terlibat dengan majlis ini. Alhamdulillah.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

taklimat peperiksaan

  Taklimat peperiksaan telah diberikan oleh setiausaha peperiksaan dalaman, Cikgu Nor Hidayah kepada semua pelajar di tapak perhimpunan. Juga telah dimaklumkan sesi peperiksaan hari Khamis 9 Mei 2019 telah ditangguhkan kerana lebih 100 orang pelajar SMAM akan terlibat dengan program penyamapaian biasiswa di Arena Tasik Maran pada hari ini di bawah Yayasan Pahang.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Taklimat Pengurusan Kelas dan Asrama

   Taklimat ringkas mengenai pengurusan kelas dan asrama telah disampaikan oleh ustaz Azrul yang juga merupakan guru bertugas untuk minggu ini bersama Cikgu Immazura. Beliau menerangkan mengenai kepentingan menghantar slip kehadiran setiap pagi, kepentingan kebersihan asrama dan juga kepentingan penggunaan kad keluar masuk asrama.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Thobur Sobahi Khamis 9 Mei 2019

   Thobur Sobahi untuk hari Khamis 9 Mei 2019 melibatkan dialog Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris oleh dua pengawas bertugas iaitu Saudara Amiruddin dan Saudara Afiq. Ianya melibatkan pengayaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Tag: SMAM 2019