Hari Majlis Hari Raya SMAM 2019 merupakan hari yang disambut dengan penuh keceriaan oleh semua warga SMAM terutamanya pelajar-pelajar. Pelbagai juadah yang dihidangkan amat menyelerakan.
Sambutan Hari Raya SMAM 2019 disambut meriah bermula dari jam 8.00 hingga 12.00 tengahari. Sebelum makan juadah yang disediakan diadakan sesi bergambar dengan semua pelajar, guru dan staff. Majlis menjamu selera bermula pada jam 10.15 pagi. Beberapa orang jemputan luar mula sampai di SMAM pada jam 11.20 pagi. Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis gilang gemilang ini. Alhamdulillah.