Pada pagi Jumaat 19 Julai 2019, SMAM mengadakan slot Yasin dan Rukyah di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya dikendalikan oleh Badan Kerohanian 4K di bawah Ustaz Farek.
Pada 16 Julai 2019, satu sesi fire drill telah diadakan di SMAM dengan kerjasama oleh Bomba Maran sebagai latihan keselamatan jika berlaku kebakaran. Semua warga SMAM terlibat.
Warga SMAM mengucapkan terimakasih yang tak terhingga atas jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Cikgu Fatiyyatul Nabilah Binti Jaafar yang telah mengakhiri perkhidmatan beliau sebagai guru ganti di SMA Maran. Beliau telah diraikan oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 dalam satu majlis ringkas pada hari Jumaat 30 Ogos 2019 di kelas terakhir yang beliau bertugas. Semoga sentiasa suksess dalam apa jua bidang yang akan beliau ceburi. InsyaALLAH.
Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon PT3 2019 yang akan menghadapi Peperiksaan Bertulis tidak lama lagi. Minggu lepas pada hari Selasa dan Rabu 27 dan 28 Ogos 2019, mereka telah melalui ujian lisan bertutur untuk Subjek Bahasa Melayu. Minggu-minggu seterusnya mereka akan diuji dengan ujian mendengar dan sebagainya.
Bagi ibu-bapa atau pelajar-pelajar yang mahu mendapatkan jadual peperiksaan PT3 2019, bolehlah mendapatkannya di link di bawah: