Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Perhimpunan Rasmi Isnin 23 September 2019

   Perhimpunan pagi Isnin bermula pada jam 7.20 pagi hingga jam 8.10 pagi. Ucapan diberikan oleh guru bertugas minggu lepas (Cikgu Wan Amran), guru bertugas minggu ini (Cikgu Syikin), GPK HEM (Ustazah Azifah), GPK Pentadbiran (Ustaz Shamsuddin) dan Pengetua (Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin). Juga diadakan majlis penyampaian hadiah untuk Pertandingan Keceriaan dan kebersihan SMAM dan Anugerah Lonjakkan Prestasi peperiksaan percubaan bagi pelajar-pelajar SPM.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Selamat Bersara Dato' Timbalan Pengarah JAIP

   Warga SMAM mengucapkan selamat bersara kepada Dato' Timbalan Pengarah JAIP yang akan bersara tidak lama lagi Satu majlis "walk about" Timbalan Pengarah telah diadakan pada hari Jumaat 20 September 2019 di Dewan Auditorium, Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah Maran dapa jam 2.30 petang. Semoga Dato' akan sentiasa sihat dan ceria di sepanjang tempoh bersara. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Tayangan Video Untuk Pelajar Tingkatan 1 dan 2

   Oleh kerana hampir kesemua guru terlibat dengan program di Dewan, maka satu program tayangan video telah dilakukan di Surau ASPURA yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 SMAM. Tayangan bermula selepas rehat dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Tayangan melibatkan video aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Tag: SMAM 2019