Bacaan Al-Quran dan doa bermula pada jam 7.20 pagi diketuai pengawas bertugas Saudara Zuhair dari Pejabat SMAM. Pelajar-pelajar lain berada di tempat masing-masing dalam kelas masing-masing.
Saringan kesihatan terhadap pelajar-pelajar asrama SMAM yang mengalami selesema dan demam telah dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak,SMAM pada hari Selasa 11 Ogos 2020 bermula dari jam 9.00 pagi. Ini bertujuan untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan masalah kesihatan ini berlaku.