Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "MASISUPA"

Papar Artikel

Latihan Berpusat MASISUPA Zon 2 - Team Building

      Latihan berpusat zon 2 di SMA Al-Ihsan menyaksikan satu program team building diadakan di dewan SMA Al-Ihsan. Program ini adalah untuk membentuk satu pasukan yang mesra antara satu sama lain tanpa mengira pelajar-pelajar yang mewakili zon 2 datang dari sekolah mana sekalipun. Program yang diadakan ini juga untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya menjadi satu pasukan yang mantap. 

Tag: MASISUPA 2018

Papar Artikel

Latihan Berpusat Zon 2 di Al-Ihsan

     Zon 2 akan mengadakan latihan berpusat semua acara sukan dan ilmiah di SMA Al-Ihsan bermula dari Jumaat 9 Mac 2018 hingga 11 Mac 2018. Peserta-peserta dari SMA Maran telah bertolak dengan bas dari SMAM pada pukul 1.00 tengahari Jumaat 9 Mac 2018. Pemilihan terakhir peserta untuk acara-acara juga akan diadakan dalam tempoh masa tersebut. Semoga peserta-peserta Zon 2 akan cukup bersedia dengan sesi latihan ini untuk menghadapi MASISUPA Pusat yang bakal diadakan di SMA Padang...

Tag: latihan MASISUPA 2018

Papar Artikel

Pemilihan Pemain Sukan MASISUPA Zon 2

   Alhamdulillah pada hari ini, 6 orang pelajar SMAM iaitu 4 orang dari pasukan bola B dan 4 orang dari pasukan ping pong perempuan telah berangkat dengan bas bersama-sama pelajar-pelajar dari Maahad SAS ke SMA Al-Ihsan untuk sesi pemilihan sebagai pemain-pemain mewakili zon 2 untuk ke MASISUPA Pusat. Semoga mereka berjaya terpilih.

Tag: pemilihan MASISUPA 2018

Papar Artikel

MASISUPA Zon 2 2018

    Alhamdulillah, seramai 96 pelajar lelaki dan 91 pelajar perempuan SMAM telah menyertai MASISUPA zon 2 2018 yang dilaksanankan di SMA Pulau Tawar dari 22 Februari hingga 25 Februari 2018. Rombongan telah bertolak dari SMAM pada pukul 1.00 tengahari dengan menaiki 5 buah bas yang disewa khas. Pertandingan telah bermula seawal jam 3.00 petang dimana pasukan bola sepak A SMAM telah bertemu dengan pasukan SMA Pulau Tawar di Padang Bola SMA Pulau Tawar.
       ...

Tag: MASISUPA 2018