Bacaan bermula dari jam 7.20 pagi hingga 8.10 pagi. Ianya diketuai oleh Ustaz Azizul dan 2 pelajar bertugas dari Pejabat SMAM. Guru bertugas bagi minggu ini ialah Ustaz Farek dan Ustazah Syarkiah.
Tahniah diucapkan kepada 3 pelajar yang memenangi kuiz Ramadhan minggu 19 - 23 APRIL 2021 iaitu Saudara Aminuddin, Zahirah dan Syahira. Tahniah dan sertai lagi kuiz ini yang akan diadakan pada sepanjang Ramadhan ini.
Projek pembinaan ASPURI SMAM sedang rancak berjalan. Semoga ianya akan siap mengikut jadual untuk memberi keselesaan kepada para pelajar SMAM nanti. InsyaALLAH