Bagi memastikan penjarakkan sosial diamalkan oleh pelajar, rutin bacaan Al-Quran pagi diadakan di tempat masing-masing di dalam kelas manakala ketua bacaan pula memimpin bacaan dari pejabat SMAM.
Sebagai mematuhi norma baharu persekolahan pasca COVID-19, bacaan Al-Quran pagi dilaksanankan di tempat masing-masing dalam kelas. Ketua bacaan, membaca dari pejabat SMA Maran menggunakan sistem siaraya pejabat.
Perhimpunan untuk program bacaan Al-Quran secara beramai-ramai telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak,SMAM pada hari ini Jumaat 17 Julai 2020. Bacaan diketuai oleh Saudara Yusman selaku pengawas bertugas.