Orientasi diteruskan ke slot malam di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Pelajar-pelajar tingkatan 1 ditunjukkan kaedah mengikat tali leher, sampin dan melipat selimut dengan cara yang betul. Seterusnya, semua pelajar tingkatan 1 membuat praktikal melakukan ketiga-tiga aktiviti tersebut dengan bimbingan dari fasilitator yang terdiri dari pelajar-pelajar senior. Aktiviti dipantau oleh warden iaitu Ustaz Azrul dan Ustaz Khairun Nas. Tahniah.