Persediaan peserta untuk pertandingan khat MASISUPA Zon 2 diteruskan pada hari ini di makmal komputer SMAM. Ianya di bawah bimbingan Ustaz Karim. Semoga berjaya semua peserta. Insya ALLAH.
Spotcheck telah dijalankan di ASPURA bermula dari jam 8.30 pagi atas arahan pengetua untuk mencari bola ping pong yang hilang dari bilik rawatan yang juga digunakan sebagai bilik latihan ping pong. Sebanyak lebih dari 100 biji bola telah hilang dari mesin tembakan bola yang ditempatkan di situ untuk latihan pasukan ping pong perempuan.