Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2019"

Papar Artikel

Selamat Bersara Dato' Timbalan Pengarah JAIP

   Warga SMAM mengucapkan selamat bersara kepada Dato' Timbalan Pengarah JAIP yang akan bersara tidak lama lagi Satu majlis "walk about" Timbalan Pengarah telah diadakan pada hari Jumaat 20 September 2019 di Dewan Auditorium, Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah Maran dapa jam 2.30 petang. Semoga Dato' akan sentiasa sihat dan ceria di sepanjang tempoh bersara. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Tayangan Video Untuk Pelajar Tingkatan 1 dan 2

   Oleh kerana hampir kesemua guru terlibat dengan program di Dewan, maka satu program tayangan video telah dilakukan di Surau ASPURA yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 SMAM. Tayangan bermula selepas rehat dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Tayangan melibatkan video aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Solat hajat Perdana PT3, SMA dan SPM 2019

    Selesai perhimpunan, semua ibubapa yang hadir telah dijemput untuk bersrapan di kantin sekolah dan seterusnya bersama-sama menunaikan solat hajat memohon kecemerlangan PT3, SMA dan SPM di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Selesai solat dan doa, pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri bin Shamsuddin telah menyampaikan ucapan ringkas di hadapan pelajar-pelajar dan ibubapa yang hadir. Semoga PT3, SMA dan SPM 2019 akan menyaksikan kejayaan yang gilang gemilang. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019