Taklimat peperiksaaan PT3 disampaikan oleh Setiausaha PT3, Cikgu Immazura selepas sesi menyusun meja dan kerusi untuk peperiksaan tersebut yang akan bermula pada Isnin 30 September 2019.
Majlis Restu Ilmu PT3 diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Khamis 27 September 2019 selepas sesi bergambar guru. Majlis dihadiri oleh semua guru-guru dan pelajar-pelajar PT3 serta para pentadbir. Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar SMAM dalam PT3 2019. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. InsyaALLAH.
Sesi penggambaran untuk guru diadakan selepas perhimpunan pagi di sebelah Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Semua guru hadir kecuali Ustazah Ummu Hasnaa kerana beliau cuti sakit.