Warga SMAM mengucapkan tahniah dan selamat bersara kepada Puan Hajjah Sharifah Hasaniah yang menamatkan tugas beliau sebagai pengetua SMA Chenor. Beliau diraikan dalam satu majlis makan malam, malam tadi 13 November 2019. Tahniah sekali lagi dan semoga sentiasa berada dalam kesihatan dan rahmat ALLAH sentiasa.
Selesai solat zohor berjemaah di surau ASPURA, Ustaz Farek selaku pengerusi majlis mempersilakan Ustaz Redho untuk menyampaikan tausiah zohor. Tajuk pada hari ini ialah "Mencintai Nabi Muhammad saw". Semoga ianya memberikan pengajaran dan ilmu yang berguna yang boleh kita amalkan disepanjang hidup kita. InsyaALLAH.