Ujian Lisan Bahasa Inggeris ini diadakan di PSS yang dikendalikan oleh Cikgu Syaima dan Cikgu Izhharuddin. Ujian ini adalah untuk melengkapkan keperluan penilaian subjek Bahasa Inggeris Tingkatan 4.
Pemulangan buku teks tingkatan 4 dilakukan hari ini 19 November 2019 di bilik SPBT kerana pelajar-pelajar telah tamat peperiksaan akhir tahun 2019. Tahniah kepada AJK SPBT yang membantu dalam proses pemulangan ini.
Spotcheck pemilikan Al-Quran diadakan selepas perhimpunan pagi Selasa oleh guru bertugas, Ustaz Haiqal,GPK HEP, Ustazah Azifah, guru-guru pengawas dan dibantu oleh pengawas-pengawas. Ianya bertujuan untuk memastikan pelajar membawa Al-Quran milik sendiri dan untuk mengelakkan masalah Al-Quran ditinggalkan di merata-rata tempat.