Hari tanpa songkok diteruskan pada hari ini Rabu 10 April 2019. Ianya bertujuan memastikan potongan rambut pelajar adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh peraturan sekolah.
Thobur Sobahi pada hari ini melibatkan pengayaan Bahasa Arab dan juga dialog Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, 4 orang pelajar menjadi ketua bacaan dan pelajar-pelajar lain menjawab soalan dengan memberi makna dalam Bahasa Melayu.
Perhimpunan bermula pada pukul 7.15 pagi dengan nyanyian Asma Ul-Husna. Seterusnya bacaan Al-Quran beramai-ramai diketuai oleh Saudara Azim Anuar. Selepas itu program Thobur Sobahi dan ditutup dengan bacaan doa oleh Saudara Azim.